1. SKIM RUMAH PERTAMAKU

Skim Rumah Pertamaku (SRP) adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu pembeli rumah pertama memiliki rumah. Permohonan pinjaman/pembiayaan akan diproses dan diluluskan oleh bank yang terlibat berdasarkan kriteria Skim serta standard pengunderaitan kredit setiap bank.

Skim Rumah Pertamaku membantu pembeli rumah pertama mendapatkan sehingga 100% pembiayaan bagi rumah kediaman pertama mereka, selaras dengan aspirasi Kerajaan untuk meningkatkan kadar pemilikan rumah dalam kalangan rakyat.

2. CARA PENGELUARAN KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA (KWSP) – PENGELUARAN MEMBELI RUMAH

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara

    1. KELAYAKAN MEMOHON

      • Ahli bertaraf Warganegara Malaysia ATAU Bukan Warganegara
      • Ahli belum mencapai umur 55 Tahun pada tarikh permohonan
      • Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2 (minimum RM 500.00)
    2. SYARAT

      • Ahli membeli atau membina atas sebuah rumah kediaman (jenis banglo / teres / berkembar / apartment / kondominium / ‘studio apartment’ / ‘service apartment’/ ‘townhouse’ / SOHO) atau rumah kedai yang mempunyai unit kediaman.
      • Ahli mengambil pinjaman perumahan daripada insititusi yang dibenarkan bagi tujuan membeli atau membina rumah dengan mana-mana institusi pemberi pinjaman berikut :-
        1. Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
        2. Kerajaan Pusat / Negeri agensi kewangan kerajaan yang lain
        3. Majikan ahli
        4. Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (dan diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
        5. Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
        6. Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
        7. Secara tunai
      • Surat Perjanjian Jual Beli mestilah bertarikh tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
      • Tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan kemudiannya menjual atau melupuskan pemilikan rumah tersebut sebelum membeli rumah kedua.
      • Ahli ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.
      • Ahli membeli tanah dan membina rumah di atasnya secara serentak sebagai satu pakej (tarikh perjanjian pembelian tanah dengan tarikh perjanjian pembinaan rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).
      • Ahli tidak layak memohon sekiranya :-
        1. Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
        2. Mengubahsuai, membaiki atau membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada
        3. Pemilikan harta tidak melalui transaksi jual beli
        4. Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf
        5. Membeli rumah ketiga
        6. Membeli rumah di luar negara

3. I-SINAR, I-CITRA DAN I-LESTARI

      1. i-Sinar – merupakan kemudahan untuk Ahli KWSP yang terjejas akibat tempoh krisis COVID-19, bagi membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
      2. i-Citra – diperkenalkan untuk memberi kemudahan kewangan tambahan kepada ahli yang terkesan akibat PKP bagi memenuhi keperluan asas untuk kelangsungan hidup mereka.
      3. i-Lestari – merupakan inisiatif pihak kerajaan memudahkan pengeluaran akaun 2 KWSP pengguna.

4. SKIM RUMAH SELANGORKU

Dasar Perumahan Negeri Selangor bertujuan merealisasikan matlamat “Satu Keluarga, Satu Kediaman Yang Sempurna” bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Seiring dengan matlamat tersebut, Kerajaan Negeri telah memperkenalkan konsep Perumahan Mampu Milik atau “Affordable Homes” yang menawarkan kediaman yang lebih selesa dari segi saiz, reka bentuk serta persekitaran komuniti.

Kini, Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu Milik kini dikenali sebagai Rumah Selangorku.

5. SKIM RUMAH IDAMAN RAKYAT SELANGOR

Rumah Idaman Rakyat Selangor merupakan kategori Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.

Rumah Idaman Rakyat Selangor merupakan kategori Rumah Selangorku yang dinaik taraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.

6. CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT) 2022 [Real Property Gains Tax (RPGT)].

Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) merupakan cukai yang dikenakan ke atas keuntungan daripada pelupusan harta tanah, termasuk rumah pangsa, rumah, kondominium, pangsapuri, ladang, tanah kosong dan lain-lain. Mulai 21 Oktober 1988, cukai ini turut diperluaskan kepada keuntungan daripada pelupusan syer dalam Syarikat Harta Tanah.

Menerusi Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2007 [P.U. (A) 146/2007], Menteri Kewangan telah mengecualikan mana-mana orang daripada semua peruntukan ACKHT 1976 bagi pelupusan aset selepas 31 Mac 2007. Walau bagaimanapun, perintah pengecualian tersebut telah dibatalkan mulai 1 Januari 2010 melalui Perintah Cukai Keuntungan Harta Tanah (Pengecualian) 2009 [P.U. (A) 376/2009]. Ini bermakna pelupusan aset yang tertakluk kepada cukai bagi tempoh 1 April 2007 hingga 31 Disember 2009 adalah dikecualikan daripada CKHT.

BAJET 2022 – Kerajaan tidak lagi mengenakan CKHT ke atas pelupusan oleh individu warganegara Malaysia, pemastautin tetap dan selain syarikat mulai tahun keenam dan seterusnya.

7. CARA MEMOHON PINJAMAN PERUMAHAN

  1. PINJAMAN BANK

    • JENIS-JENIS PINJAMAN
      • Pinjaman Asas (Basic term)
      • Pinjaman Semi Fleksi (Semi-Flexi)
      • Pinjaman Fleksi (Full-Flexi)
  2. PINJAMAN KERAJAAN – LEMBAGA PEMBIAYAAN PERUMAHAN SEKTOR AWAM (LPPSA)

  3. PINJAMAN PEKERJA – STAFF LOAN

PENAFIAN: rumah-selangorku.com tidak berkaitan atau disahkan oleh LPHS atau Kerajaan Negeri Selangor. Kami memasarkan projek Rumah Selangorku dan perumahan mampu milik terpilih bersama pemaju dan ejen berdaftar. Maklumat tertakluk kepada perubahan. Untuk maklumat dan permohonan rasmi, sila rujuk portal LPHS / eHartanah.