1. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon Rumah Selangorku?
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas;
- Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ialah RM3,001.00 sebulan;
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak melebihi RM3,000.00 sebulan hanya dibenarkan memohon Jenis A, manakala pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sehingga RM10,000.00 sebulan dibenarkan memohon Jenis B, C dan D;
- Sekiranya pendapatan isi rumah tidak melebihi RM3,000.00 sebulan, pemohon juga dibenarkan membuat pilihan Jenis B, C atau D. Bagi pendapatan isi rumah melebihi RM3,001.00 sebulan, permohonan Jenis A tidak dibenarkan;
- Pemohon hanya dibenarkan memilih 1 jenis rumah sahaja, sama ada Jenis A, B, C atau D semasa membuat permohonan;
- Pemohon atau pasangan belum memiliki rumah melalui projek kerajaan atau swasta di Selangor;
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun daripada tarikh Perjanjian Jual-Beli, dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut, data permohonan yang masih berstatus SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan daripada sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya masih berminat untuk memohon Rumah Selangorku.
2. Apakah syarat-syarat kelayakan untuk memohon komersial (Pangsapuri Perkhidmatan/SOHO/SOVO/SOFO mampu milik)?
- Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas;
- Pendapatan minimum bagi permohonan Rumah Selangorku Jenis B, C dan D ialah RM3,001.00 sebulan;
- Pendapatan isi rumah sehingga RM15,000.00 sebulan, dengan keutamaan diberikan kepada pemohon berpendapatan RM10,000.00 sebulan, mengikut pilihan pemohon;
- Pemohon tidak memiliki sebarang jenis kediaman komersial, termasuk Pangsapuri Perkhidmatan, SOHO, atau boutique office (SOVO / SOFO / SOLO), dan syarat ini tidak berdasarkan pemilikan kediaman perumahan;
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun daripada tarikh Penyerahan Kunci (V.P), dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
- Tempoh sah laku bagi setiap permohonan yang didaftarkan adalah selama 2 tahun. Selepas tempoh tersebut, data permohonan yang masih berstatus SENARAI MENUNGGU akan dikeluarkan daripada sistem dan pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya masih berminat untuk memohon semula.
3. Bagaimanakah cara untuk mendaftar bagi permohonan Komersial (Pangsapuri Perkhidmatan/ SOHO/SOVO/SOFO mampu milik) ?
Pemohon boleh mendaftar secara dalam talian di laman web rumah-selangorku.com
4. Apakah dokumen yang diperlukan bagi permohonan Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan (kedai/industri mampu milik atau Pangsapuri Perkhidmatan/ SOHO/SOVO/SOFO mampu milik) semasa pendaftaran online?
Pemohon perlu memuat naik dokumen-dokumen berikut semasa pendaftaran:
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Dokumen pendapatan:
- Penyata gaji terkini atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah bagi pemohon yang bekerja sendiri;
- Surat akuan bersumpah daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja.
5. Berapakah harga rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan (Pangsapuri Perkhidmatan/ SOHO/SOVO/SOFO mampu milik)?
Harga Rumah Selangorku tidak melebihi RM250,000.00 seunit, tertakluk kepada jenis rumah, keluasan, lokasi dan kemudahan yang disediakan. Bagi hartanah komersial seperti Pangsapuri Perkhidmatan / SOHO / SOVO / SOFO mampu milik, harga adalah bermula daripada RM230,000.00 hingga RM270,000.00 seunit.
6. Di manakah lokasi Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan (Pangsapuri Perkhidmatan / SOHO / SOVO / SOFO mampu milik) yang boleh dipohon?
Sila mendaftar di laman web.
7. Berapa lamakah permohonan saya untuk ditawarkan Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan setelah berstatus masih dalam ‘SENARAI MENUNGGU’?
Sekiranya selepas tempoh 2 bulan masih tiada keputusan tawaran, pemohon perlu membuat pendaftaran permohonan baharu. Walau bagaimanapun, pemohon boleh menukar lokasi projek yang dipilih sekiranya merasakan permohonan telah lama menunggu atau tidak lagi berminat dengan lokasi tersebut.
8. Apakah yang patut saya lakukan apabila status saya adalah ‘TAWARAN BERSYARAT’ bagi permohonan Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan ?
Pemohon yang layak menerima tawaran Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan akan dihubungi oleh pihak pemaju berkenaan melalui surat pemakluman. Pemohon kemudiannya perlu mengemukakan ‘Dokumen Sokongan’ (hardcopy) yang diperlukan oleh Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), seperti berikut:
- Satu (1) salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan;
- Satu (1) salinan Surat Nikah/Daftar Perkahwinan/Surat Cerai/Sijil Kematian pasangan;
- Satu (1) Surat Pengesahan bujang daripada majikan atau Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri bagi pemohon yang belum berkahwin
- (Salinan asal, wajib dikemukakan);
- Satu (1) salinan penyata gaji terkini sebulan sahaja atau pengesahan pendapatan daripada Pesuruhjaya Sumpah sekiranya bekerja sendiri;
- (Salinan asal, wajib dikemukakan dan tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan)
- Satu (1) salinan Surat Akuan Bersumpah daripada pesuruhjaya sumpah sekiranya pasangan tidak bekerja;
- (Salinan asal, wajib dikemukakan dan tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan)
- Satu (1) salinan Penyata KWSP, jika ada, berserta sejarah pengeluaran KWSP. Dokumen hendaklah tidak melebihi 3 bulan dari tarikh serahan; dan
- Satu (1) salinan Laporan dan rekod pemohon dan pasangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS) atau CTOS yang menyatakan laporan dan rekod CCRIS.
- (Salinan asal, wajib dikemukakan dan tidak kurang 3 bulan dari tarikh serahan)
9. Adakah permohonan saya masih boleh dipertimbangkan sekiranya saya telah memiliki atau membeli kediaman di luar Selangor?
Bagi pemohon yang berstatus ‘TAWARAN BERSYARAT’, pemohon wajib mengemukakan salinan Perjanjian Jual-Beli berserta cukai tanah atau cukai pintu sebagai bukti pemilikan kediaman di luar Selangor. Bagi permohonan yang masih berstatus ‘SENARAI MENUNGGU’, dokumen tersebut tidak perlu dikemukakan pada peringkat pendaftaran.
10. Adakah permohonan saya disenaraihitamkan sekiranya saya menolak tawaran Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan yang ditawarkan ?
Ya. Pemohon yang menolak tawaran akan menyebabkan nama pemohon disenaraihitamkan dalam Sistem Pendaftaran Rumah Selangorku atau hartanah harga kawalan selama 2 tahun.
PENAFIAN: rumah-selangorku.com tidak berkaitan atau disahkan oleh LPHS atau Kerajaan Negeri Selangor. Kami memasarkan projek Rumah Selangorku dan perumahan mampu milik terpilih bersama pemaju dan ejen berdaftar. Maklumat tertakluk kepada perubahan. Untuk maklumat dan permohonan rasmi, sila rujuk portal LPHS / eHartanah.
